Majlis Makan Malam Amal bersama PERKIM
    Syarikat menyumbang ke arah membantu golongan kurang upaya
 

   

Insafilah....Bersyukur dengan apa yang ada, dan bantulah mereka yang memerlukan. Nescaya Allah akan membantu kita di dunia dan akhirat kelak, Amin ya Rabbal Alamin...

Pihak syarikat baru-baru ini meraikan 10 para pendokong yang telah memainkan peranan penting dalam memperkasakan makanan as-Sunnah Qaseh. Mereka yang merupakan penjual tertinggi produk tersebut dalam bulan sebelumnya, telah bersama-sama kakitangan syarikat dalam Majlis Makan Malam Amal yang dianjurkan oleh PERKIM.

Dana yang dikumpul pada malam tersebut melalui jualan meja akan diagihkan kepada persatuan-persatuan orang kurang upaya yang agak terpinggir daripada menerima apa-apa bantuan.

Sesuai dengan falsafah perniagaan kita, syarikat Ana Edar telah menyumbang (membeli) 2 meja bernilai RM 2,000.00 dan berharap sumbangan yang seadanya tersebut dapat membantu golongan kurang upaya yang memerlukan.

Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita semua!

 

Beberapa adegan menarik sepanjang Majlis Makan Malam Amal bersama PERKIM

 

Bincang apa  tu..?
Antara hab yang hadir. Bincang strategi terkini agaknya...

Senyum jangan tak senyum!
Bersama Ustaz Akil Hayy di luar Dewan

Macam-macam ada...
Agaknya tak kenyang orang yang duduk bersama Ustaz Wan Akasha yang turut menyerikan majlis. Seganlah katakan....

Dengarlah nasihat ku...
Ustaz Akil Hayy khusyu' membincangkan topik 'Cinta Sejati'.

 
 
 
 

<< Sebelum