Perlantikan Duta Kehormat Produk Ana Edar Sdn. Bhd.
    Penyertaan Ustaz Wan Akasha dan Ustazah Siti Nor Bahyah perkasakan operasi syarikat
 

   

Berduet dalam Berdakwah....Personaliti Dakwah popular tanah air Ustaz Wan Akasha dan Ustaz Siti Nor Bahyah

Bulan April 2007 merakamkan detik sejarah bagi syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. iaitu perlantikan secara rasmi Ustaz Wan Akasha Wan Abdul Hamid dan isteri tercinta Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood sebagai Duta Kehormat Produk Ana Edar Sdn. Bhd.

Kerjasama antara Ustaz Wan Akasha dan Ustazah Siti Nor Bahyah dengan Ana Edar Sdn. Bhd. termeterai melalui satu perjanjian yang telah ditandantangani dalam sebuah Majlis istimewa yang dihadiri ratusan ahli sehingga menyebabkan Dewan Serbaguna di Pejabat Urusan penuh sesak.

Sesi tersebut telah diperindah dengan sebuah Forum dengan Ustaz Wan Akasha dan Ustazah Siti Nor Bahyah sebagai panelis yang membincangkan topik menarik 'Roh Tenang Jiwa Sejahtera, Tubuh Sihat Amalan Diterima'.
 

Menurut Ustaz Wan Akasha antara faktor yang menarik minat beliau menyertai Ana Edar ialah perjuangan syarikat memartabatkan ekonomi ummah selain menyediakan berbagai produk berguna untuk masyarakat Muslim di Malaysia. Beliau bersama isteri yang sentiasa sibuk dengan program dakwah dan ilmu di seluruh negara berbesar hati meluangkan masa untuk menyuntik semangat baru bagi ahli dan penyokong setia syarikat, selain memberi berbagai buah fikiran yang bernas dan bermanfaat untuk perhatian dan amalan para hadirin.

 

Apabila ditanya tentang jadual harian yang sentiasa padat, Ustaz Wan Akasha tersenyum sambil menegaskan bahawa kepuasan dalam melakukan tugas menghilangkan rasa keletihan pasangan suami isteri tersebut serta memberi tenaga kepada mereka untuk meneruskan jihad di medan dakwah.

 

Pihak syarikat melahirkan rasa kagum dengan usaha Ustaz Wan Akasha dan Ustazah Siti Nor Bahyah, yang pernah bergelar pasangan 'duet berdakwah', dalam mencorakkan sosial ummah dengan kemurnian Islam dan berdoa agar Allah menganugerahkan kepada mereka kesihatan yang berpanjangan agar mereka dapat terus mencurahkan bakti kepada ummah Islam di tanah air.

 

Semoga kehadiran mereka juga sebagai Duta Produk Syarikat akan terus membakar semangat para ahli untuk meneruskan jihad perniagaan sehingga melahirkan ummah yang mampu berdikari dan membentuk masa depan yang cemerlang dengan disokong oleh kemampuan ekonomi yang mampan, Insya Allah!
 

 

Beberapa Coretan sepanjang Majlis Menandatangani Kerjasama April 2007

 

Penuh sesak...
Sebahagian daripada hadirin yang membanjiri Dewan Serbaguna Ana Edar Sdn. Bhd.

Ke Arah Kerjasama yang Mantap
Ustaz dan Ustazah bertukar perjanjian dengan Pihak Pengurusan Ana Edar Sdn. Bhd.

 
 
 
 

<< Sebelum